Krisis_tebusan_Bangunan_AIA
Krisis_tebusan_Bangunan_AIA

Krisis_tebusan_Bangunan_AIA

Krisis tebusan Bangunan AIA berlaku pada hari Isnin, 4 Ogos 1975 apabila pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) merampas bangunan American International Assurance (AIA) di Jalan Raja Chulan / Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. JRA adalah serpihan daripada Liga Tentera Merah Komunis Jepun. Ini bukan kali pertama Malaysia berhadapan dengan tebusan seumpama itu. Rampasan ini tiga tahun selepas peristiwa Black September di Munich, Jerman pada 5 September 1972.