Serangan Krisis_tebusan_Bangunan_AIA

Bangunan AIA (American Inssurance Associates) menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden. 10 orang Tentera Merah Jepun telah merempuh masuk dan menawan 53 orang di dalamnya selama 3 hari. Semua tebusan dikumpulkan di tingkat 9, bangunan AIA, Jalan Ampang. Tebusan ditahan selama 79 jam. Jika tuntutan tidak dipenuhi, semua 53 tebusan akan dibunuh. Akhirnya kerajaan Jepun berkompromi dan menghantar banduan dari penjara Jepun ke Malaysia dengan Syarikat Penerbangan Jepun (JAL). Kapal terbang yang sama membawa pengganas JRA ke Libya.

Hasil rundingan, JRA berjaya membebaskan lima orang pemimpin mereka yang dipenjarakan di Jepun dan Sweden . Seterusnya mereka diterbangkan dengan DC8 pada 7 Ogos 1975 ke Libya.

Mereka menuntut diterbangkan ke negara Libya. Reputasi umum ketika itu, Presiden Libya, Muammar al-Gaddafi menyokong perjuangan kemerdekaan di serata dunia, termasuk perjuangan PLO menuntut pembebasan bumi Palestin dari cengkaman Israel, gerakan Moro di Mindanao dan IRA di Ireland.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Mohammed Hanif Omar. Menteri Dalam Negeri ialah Tun Ghazali Shafie. Ketika itu, Tun Ghazali berada di Indonesia tetapi berjaya berunding dengan tawanan. Beliau telah berkomunikasi dengan JRA. Beliau berada di dalam bangunan selama 3 hari. Hasilnya pegawai kedutaan Amerika berjaya dibebaskan.[2]

Tokoh yang ditukar ganti dalam tebusan itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Dato’ Ramli Omar dan KSU kementerian Tan Sri Osman Samsuddin Cassim. Dua orang ini menjadi pengiring JRA ke Lapangan Terbang Subang. Kapal terbang DC8 sudah sedia menunggu, yang mereka rampas dari Korea Selatan.

Kapal terbang singgah di Lapangan Terbang Colombo, Sri Lanka. kemudian singgah di Lapangan Tripoli, Libya. Mereka sampai di Tripoli pada petang 8 Ogos 1975. Osman Samsuddin Cassim dan Ramli Omar kembali ke Malaysia pada 10 Ogos 1975.[3] Dari awal hingga akhir, tidak ada pertumpahan darah berlaku.

Antara tebusan itu ialah :

  1. Fredrik Bergenstrahle - Pegawai kedutaan Sweden
  2. Ulla Odqvist - setiausaha Kedutaan Sweden
  3. Gerald Lancaster - warganegara Amerika Syarikat
  4. Trudy Lancaster - warganegara Australia
  5. Vick Lancaster - warganegara Australia
  6. Rodney Lancaster - warganegara Australia
  7. Adrian Lancaster - warganegara Australia