Templat:Orang IsraelKritikan kerajaan Israel, selalu dirujuk sebagai
kritikan Israel,
[1][2][3] ialah perkara ulasan dan penyelidikan kewartawanan dan ilmiah yang berlaku dalam ruang lingkup
teori hubungan antarabangsa, dinyatakan dalam
istilah sains politik. Dalam ruang lingkup aspirasi sejagat bagi
masyarakat negara,
Israel telah menghadapi kritikan antarabangsa sejak its
perisytiharan penubuhannya pada tahun 1948 behubungan dengan berbagai-bagai perkara,
[4][5][6][6][7] kedua-duanya sejarah dan sezaman.
Kerajaan Israel telah dikritik atas isu-isu tentang
petempatan Israel di
wilayah Palestin, its
memperlakukan orang Arab Palestin, kelakuan
Angkatan Pertahanan Israel semasa konflik dan
sekatan Genting Gaza,
[8] dengan kesannya terhadap
ekonomi wilayah Palestin. Isu-isu sejarah yang lain dengan akibat yang sedang berlaku juga telah dikritik termasuk:
penolakan membenarkan pelarian Palestin pascaperang untuk
kembali ke rumah mereka, dan
pendudukan wilayah berpanjangan dapat dalam perang dan pembinaan petempatan di dalamnya.Status Israel sebagai demokrasi perwakilan juga telah dipersoalkan kerana penduduk Israel di
wilayah pendudukan dibenarkan mengundi di pilihan raya Israel manakala penduduk Palestinian pula tidak.
[9][10][11] Sumber kritikan lain ialah pergeseran tertimbul oleh isu peluk agaama antara
kerabaian Ortodoks Israel dan
bahagian bukan Ortodoks diaspora Yahudi. Pada satu hujung lingkungan ialah percubaan
menyahsahkan hak wujud Israel.
[12][13][14] Hal ini membawa kepada perbahasan yang sedang berlaku berhubungan pada tempat titik kritikan Israel melepasi garis
anti-Semitisme. Salah satu kesan kritikan antarabangsa telah menjadi kesan terhadap psikologi sosial orang awam Yahudi Israel - menurut satu tinjauan lebih daripada separuh orang Israel mempercayai "seluruh dunia menentangi kami", dan tiga suku orang Israeli mempercayai "bahawa macama mana pun Israel buat atau betapa jauh ia pergi menuju menyelesaikan konflik dengan orang Palestin, dunia akan terus mengkritik Israel".
[15]Kritikan dasar-dasar Israel datang daripada beberapa kumpulan: terutamanya daripada
aktivis, dalam Israel dan seluruh dunia,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
pertubuhan bukan kerajaan lain termasuk gereja Eropah, dan media massa.
Berat sebelah media selalu didakwa oleh kedua-dua belah bahas. Sejak tahun 2003, PBB telah mengeluarkan 232 ketetapan berhubung dengan Israel, 40% daripada semua ketetapan yang dikeluarkan oleh PBB sepanjang masa dan lebih daripada enam kali dengan negara tempat kedua,
Sudan.
[16]