Sekatan_Genting_Gaza
Sekatan_Genting_Gaza

Sekatan_Genting_Gaza

Sekatan Genting Gaza 2007–kini dilakukan oleh dua negara iaitu Israel dan sekutunya Mesir sejak Jun 2007, ketika Hamas mengambil alih wilayah Palestin itu selepas terjadinya konflik Fatah-Hamas untuk menguasai Palestin.[1] Sebelum itu sekatan ekonomi 2006-2007 dikenakan terhadap Pihak Berkuasa Palestin selepas pilihan raya yang menyaksikan Hamas berjaya membentuk kerajaan Palestin pada Februari 2006.Genting Gaza mempunyai sempadan darat dengan Israel dan Mesir dan sempadan laut. Mesir dan Israel sangat menjaga sempadan mereka dengan wilayah tertutup. Israel hanya membenarkan bantuan kemanusiaan terhad dari pertubuhan tertentu, namun mesti melalui jalan darat. Kuantitinya juga terhad kepada satu perempat daripada kuantiti sebelum sekatan.[2] Angkatan Laut Israel melaksanakan sekatan laut tiga batu nautika dari pantai. Mesir pula menghalang pembinaan terowong bawah tanah bagi mengelak pemecahan sekatan melalui penyeludupan.Tujuan Israel membuat sekatan ialah untuk menyekat serangan roket Palestin dari Jaluran Gaza ke bandar-bandarnya dan mengelakkan Hamas dari mendapat senjata lain. Mesir berpendapat bahawa ia tidak boleh membuka pintu sempadan Rafah sepenuhnya kerana akan melemahkan kesahan Pihak Berkuasa Palestin serta akan mengekalkan perpecahan antara Gaza dan Tebing Barat.[3]Sekatan ini dikritik oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, Majlis Hak Asasi Manusia PBB[4][5] dan pertubuhan hak asasi manusia lain. Namun Amerika Syarikat menyokong kepungan ini secara rasmi.[6]Akibat kecaman hebat antarabangsa selepas rampasan armada Gaza, Mesir dan Israel mengurangkan taraf sekatan pada Jun 2010, apabila sempadan Rafah dibuka separa oleh Mesir. Israel pula mengumumkan akan membenarkan lebih banyak barangan awam memasuki Gaza, namun tidak barangan dwiguna.[7]

Berkaitan