Sempadan_Rafah
Sempadan_Rafah

Sempadan_Rafah

Koordinat: 31°14′54″N 34°15′34″E / 31.24833°N 34.25944°E / 31.24833; 34.25944Sempadan Rafah (Bahasa Arab: معبر رفح‎, Bahasa Ibrani: מעבר רפיח‎) terletak di antara Mesir dengan Genting Gaza, Palestin. Pintu sempadan Rafah dibina oleh kerajaan Mesir dan Israel pasa 1979 selepas Perjanjian Keamanan Israel-Mesir 1979 dan keluarnya Israel dari Semenanjung Sinai 1982. Mulanya dikendalikan oleh Lembaga Lapangan Terbang Israel sehingga 11 September 2005. Kemudian pintu sempadan Rafah ini dipantau oleh Kesatuan Eropah melalui Misi Bantuan Sempadan Rafah (EUBAM).Mulai 25 November 2005, penyeberangan Rafah mula dibuka dan beroperasi hampir setiap hari sehingga 25 Jun 2006.[1] Pada November 2006, Israel menutupnya atas alasan keselamatan selepas Intifada. Pada Jun 2007, pintu sempadan Rafah ditutup sepenuhnya oleh Mesir selepas Hamas mengambil alih Genting Gaza.Pada 23 Januari 2008, pasukan bersenjata bertopeng menghancurkan dinding sempadan Rafah kerana sempadan itu telah membahagikan bahagian Mesir dengan Rafah Palestin. Ratus ribu penduduk Gaza menyeberang ke Mesir untuk membeli makanan dan barang keperluan.[2]Pada 27 Disember 2008, Mesir membuka pintu sempadan Rafah supaya penduduk Gaza yang cedera dapat menerima rawatan setelah serangan udara dan darat Israel di Gaza.Pada 1 Jun 2010, pintu sempadan Rafah dibuka semula sehingga diberi arahan lanjut. Arahan ini ekoran serangan Tentera Laut Israel terhadap armada kapal yang hendak menghantar bantuan makanan, barang bangunan, peralatan sekolah dan sebagainya ke Gaza. Pembukaan sempadan itu penting kepada 1.5 juta penduduk Jalur Gaza. Jika tidak, mereka membina puluhan terowong untuk menyeberangi sempadan.[3]Pada 28 Mei 2011, sempadan Rafah dibuka semula bagi membolehkan rakyat Palestin masuk ke Mesir,[4] dijangkakan secara tetap.[5] Menteri Luar Mesir, Nabil el-Araby mula berbincang dengan Hamas tidak lama selepas revolusi bertujuan memperbaiki hubungan antara kedua pihak. Mesir juga bertanggungjawab mendamaikan Fatah-Hamas. Kebanyakan sekatan perjalanan digugurkan, walaupun orang lelaki berumur di antara 18 dan 40 perlu memohon visa untuk memasuki Mesir manakala yang lain memerlukan permit perjalanan. Sementara sekatan perjalanan orang diringankan, Israel masih mengawal pergerakan kargo melalui sempadan ini; walaupun kebanyakan barangan pengguna dibenarkan lalu.[6][7] Dalam lima jam pertama pembukaan, 340 orang menyeberangi ke Mesir.[8]

Rujukan

WikiPedia: Sempadan_Rafah http://edition.cnn.com/2011/WORLD/meast/05/28/egyp... http://economictimes.indiatimes.com/news/politics/... http://www.nytimes.com/2011/05/26/world/middleeast... http://www.nytimes.com/2011/05/29/world/middleeast... http://news.yahoo.com/s/ap/20080123/ap_on_re_mi_ea... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mesirbuk... http://web.archive.org/web/20080125050240/news.yah... http://web.archive.org/web/20100604002016/http://w... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S...