Rampasan_armada_Gaza
Rampasan_armada_Gaza

Rampasan_armada_Gaza

Peristiwa rampasan armada Gaza, diberi nama kod Operasi Sea Breeze oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF),[6][7] merupakan tindakan memecah masuk dan merampas enam kapal yang menganggotai Flotila Pembebasan Gaza pada 2010.[8] Flotila yang dianjurkan oleh Gerakan Pembebasan Gaza dan Yayasan Hak Asasi Manusia, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) dari Turki, cuma memecah masuk kepungan Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan serta mengumpul bekalan ke dalam Genting Gaza.[8][9] Enam kapal tersebut berkumpul dekat Cyprus, lalu bertolak pada 30 Mei 2010 dengan mengangkut 663 orang dari 37 negara.[10][11] Pasukan komando Israel merampas kapal-kapal tersebut dalam kawasan perairan antarabangsa di Laut Mediterranean[11] setelah flotila tersebut mengingkari tuntuan Israel agar barang muatannya diperiksa di pelabuhan Ashdod agar barang-barang yang dibenarkan oleh Israel dihantar melalui jalan darat.[12]Para aktivis di atas kapal terbesar dalam armada ini, iaitu MV Mavi Marmara, bersemuka dengan angkatan khas Shayetet 13 yang menakik turun ke geladak kapal. Sembilan orang ahli IHH dibunuh oleh komando Israel[13], puluhan lagi cedera, dan ratusan yang lain ditahan.[14][5][15] Sekurang-kurangnya tujuh komando turut tercedera. Askar Israel berkata mereka hanya mengacukan senjata sebaik sahaja nyawa mereka terancam,[4][5] tetapi aktivis pula mendakwa bahawa IDF mula menembak ke arah kapal sebelum menaikinya.[16][17][18]Peristiwa ini mencetuskan pelbagai reaksi antarabangsa, termasuk kecaman dari lembaga-lembaga supranasional dan NGO, dan juga tunjuk perasaan dan rusuhan di seluruh dunia.[19][20] Majlis Keselamatan PBB mengutuk "tindakan-tindakan yang mengakibatkan kematian orang awam" itu, serta menyeru agar siasatan tanpa berat sebelah dijalankan terhadap serbuan itu,[21] dan orang-orang awam dalam tahan Israel dibebaskan segera.[21] Israel kemudian membalas hasratnya untuk membebaskan tahanan bukan rakyat Israel lalu menghantar mereka pulang ke negara masing-masing.[22] Peristiwa ini turut mengeruhkan lagi hubungan antara Turki dan Israel yang sudah tegang.[23]Isral menolak seruan PBB untuk siasatan antarabangsa terhadap kejadian ini.[24][25] Sebaliknya, Israel telah membentuk sebuah suruhanjaya siasatan tempatan untuk menyiasat rampasan ini, diketuai oleh hakim Mahkamah Agung bersara Jacob Turkel dan disertai dua pemerhati antarabangsa yang tidak mengundi.[26]

Rampasan_armada_Gaza

Tarikh 31 Mei 2010 (2010-05-31)
4:30 pagi[1] (UTC+3)
Koordinat 32.64113 N 33.56727 E
Kematian 8 penumpang Turki; 1 penumpang Turki-AS[2][3]
Kecederaan Puluhan penumpang, dan 7 komando IDF.[4][5]
Lokasi Perairan antarabangsa di Laut Mediterranean

Rujukan

WikiPedia: Rampasan_armada_Gaza http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.businessweek.com/news/2010-06-01/turkey... http://www.cbsnews.com/video/watch/?id=6535491n http://edition.cnn.com/2010/WORLD/meast/05/31/gaza... http://edition.cnn.com/2010/WORLD/meast/05/31/isra... http://www.cnn.com/2010/WORLD/meast/06/02/gaza.rai... http://www.cnn.com/2010/WORLD/meast/06/04/gaza.rai...