Pihak_Berkuasa_Palestin
Pihak_Berkuasa_Palestin

Pihak_Berkuasa_Palestin

Pihak Berkuasa Palestin (PBP atau PA; Bahasa Arab: السلطة الوطنية الفلسطينية‎ Al-Sulṭa Al-Waṭaniyyah Al-Filasṭīniyyah) adalah sebuah badan sementara yang ditubuhkan untuk mentadbir Tebing Barat dan Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. PNA berkongsi kuasa dengan kerajaan Israel yang telah menawan Tebing Barat dan Genting Gaza semasa Perang Enam Hari 1967. Pada 2005, Israel telah berundur dari Genting Gaza dan memberi penguasaan penuh kepada Pihak Berkuasa Palestin.Pihak Berkuasa Palestin dibentuk pada 1994, menurut Perjanjian Oslo antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kerajaan Israel, sebagai satu badan sementara lima tahun, bagi menanti status akhir rundingan antara kedua pihak tersebut. Namun sehingga kini (2011), lebih 16 tahun selepas penubuhannya, status akhir masih berlum tercapai. Menurut Perjanjian Oslo, PBP diberikan kuasa terhadap isu berkaitan keselamatan dan orang awam di kawasan bandar (dirujuk sebagai "Kawasan A"), dan cuma kawalan orang awam di kawasan luar bandar ("Kawasan B"). Kawasan selebihnya di Palestin, termasuk petempatan Israel, kawasan lembah Jordan, dan jalan pirau di antara masyarakat Palestin, kekal berada dalam kawasan mutlak Israel ("Kawasan C"). Baitulmuqaddis Timur tidak termasuk dalam perjanjian ini.

Pihak_Berkuasa_Palestin

• Penubuhan 4 Mei 1994
Ibu kota Pusat pentadbiran: Ramallah (Tebing Barat), Gaza (Genting Gaza); Baitulmuqaddis ialah ibu negara Palestin[1]
Zon masa UTC+2 ( )
Pemerintahan Republik berpesiden dan
berparlimen
HDI (2007) ▼ 0.731
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-106
Bandar terbesar Ramallah, Gaza, Hebron, Nablus dan Jenin
• Per kapita $2,900 (-)
Kod panggilan +970f
Bahasa rasmi Bahasa Arab, Inggeris, Ibrani
• Total $$12.95 bilion (-)
• Anggaran 2009 (Julai) 3,935,249[2] (ke-126)
KDNK (PPP) Anggaran 2009 
Mata wang Paun Palestin (PSP)
• Perdana Menteri Ismail Haniyehb
Rami Hamdallah
Internet TLD .ps, فلسطين.
• Presiden Mahmoud Abbasa
• Musim panas (DST) UTC+3 ( )

Rujukan

WikiPedia: Pihak_Berkuasa_Palestin http://edition.cnn.com/2011/WORLD/meast/04/27/gaza... http://www.jewishtimes.com/index.php/jewishtimes/n... http://www.nytimes.com/2008/06/18/world/middleeast... http://www.nytimes.com/aponline/2011/05/04/world/m... http://uk.reuters.com/article/topNews/idUKTRE50423... http://www.usatoday.com/news/world/2006-12-08-pale... http://www.washingtonpost.com/world/palestinian-fa... http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4061418,... http://www.publicpolicy.umd.edu/IPPP/Fall97Report/... http://palestinkini.info/?p=9394