Kruiser_tempur_kelas_Courageous
Kruiser_tempur_kelas_Courageous

Kruiser_tempur_kelas_Courageous

Kelas Courageous terdiri dari tiga kruiser tempur dikenali sebagai "kruiser ringan besar" yang dibina untuk Royal Navy semasa Perang Dunia I. Kelas itu direka secara nominal untuk menyokong Projek Baltik, dirancang oleh Laksamana Armada Lord Fisher yang berniat untuk mendaratkan pasukan tentera di Pantai Baltik Jerman. Kapal-kapal kelas ini adalah pantas tetapi kurang berperisai, dengan hanya beberapa meriam berat. Mereka diberi drauf yang cetek, sebahagiannya untuk membolehkan mereka beroperasi di laut cetek Baltik tetapi juga mencerminkan pengalaman yang diperoleh sebelum perang. Untuk memaksimumkan kelajuan mereka, kruiser tempur kelas Courageous merupakan kapal utama pertama Royal Navy yang menggunakan turbin stim bergear dan dandang tiub kecil.Dua kapal pertama, Courageous dan Glorious, telah ditauliahkan pada tahun 1917 dan menghabiskan perang dengan meronda Laut Utara. Mereka mengambil bahagian dalama Pertempuran Kedua Heligoland Bight pada November 1917 dan hadir apabila Armada Laut Lepas menyerah kalah setahun kemudian. Kapal separa kembar mereka Furious telah direka dengan sepasang meriam 18-inci (457 mm), iaitu meriam terbesar yang pernah dipasang pada kapal Royal Navy, tetapi telah diubah suai semasa pembinaan dengan memasang geladak penerbangan dan hangar sebagai ganti turet dan barbette di bahagian depan. Selepas beberapa rondaan di Laut Utara, turet belakangnya telah ditanggal dan geladak penerbangan lain ditambah. Pesawatnya menyerang hangar Zeppelin semasa serangan Tondern pada Julai 1918.Ketiga-tiga kapal telah disimpan selepas perang, tetapi dibina semula sebagai kapal pengangkut pesawat kelas Courageous semasa 1920an. Glorious dan Courageous telah karam pada awal Perang Dunia II dan Furious dijual untuk sekerap pada tahun 1948.