Krzysztof_Piątek

† Kemunculan (Gol).
Krzysztof Piątek (sebutan Poland: [ˈkʂɨʂtɔf ˈpjɔntɛk]; lahir 1 Julai 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Poland yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Itali, Milan dan pasukan kebangsaan Poland.Beliau memulakan kariernya bersama kelab Ekstraklasa iaitu Zagłębie Lubin. Selama empat musim, beliau telah menjaringkan 15 di dalam 72 kemunculannya untuk pasukan sebelum berpindah ke Cracovia pada tahun 2016, yang menyaksikan beliau berjaya menghasilkan 32 jaringan gol sepanjang dua musim. Pada tahun 2018, Piątek berpindah ke kelab Itali iaitu Genoa dengan kos perpindahan sebanyak 4 juta. Selepas menjaringkan 19 gol di dalam 21 perlawanan kompetitif pada musim pertamanya di Itali, beliau melakukan perpindahan ke Milan pada Januari 2019 dengan kos perpindahan sebanyak 35 juta sekali gus menandakan penjualan pemain termahal membabitkan kelab Genoa.

Rujukan

WikiPedia: Krzysztof_Piątek http://www.goal.com/en-ng/news/new-lewandowski-pia... http://www.goal.com/en/news/barcelona-target-piate... http://www.national-football-teams.com/player/7200... http://www.soccerway.com/players/342295/ http://www.soccerway.com/players/krzysztof-pitek/3... http://www.squawka.com/en/news/krzysztof-piateks-p... http://www.90minut.pl/kariera.php?id=23491 http://www.90minut.pl/mecz.php?id_mecz=1048430 http://www.90minut.pl/news/232/news2328103-Krzyszt... https://www.acmilan.com/en/news/media/2019-01-23/o...