Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Poland
Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Poland

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Poland

Pasukan bola sepak kebangsaan Poland (Bahasa Poland: Reprezentacja Polski w piłce nożnej) mewakili Poland dalam acara bola sepak yang dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Poland, sebuah badan kerajaan yang mengawal bola sepak di Poland. Laman bagi pasukan Poland adalah Stadium Nasional Warsaw dan ketua jurulatih kini ialah Adam Nawałka.Zaman kegemilangan Poland pada era 1970an antara kejayaan cemerlang bagi pasukan ini. Mereka telah seri ketika menentang England dan berjaya layak ke Piala Dunia FIFA 1974. Poland menewaskan Brazil, 1-0 untuk merebut tempat ketiga kejohanan dan penyerang lagenda, Grzegorz Lato memenangi Kasut Emas kejohanan dengan menjaringkan tujuh gol. Poland juga tempat ketiga pada edisi 1982 selepas menewaskan Perancis, 3-2.Poland juga memenangi pingat emas pada acara Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich, pingat perak di Sukan Olimpik 1976 di Montreal dan 1992 mendapat pingat perak di Barcelona. Poland layak ke Kejohanan Eropah buat pertama kali pada tahun 2008. Poland layak secara automatik pada Euro 2012 kerana diundi sebagai tuan rumah bersama Ukraine. Namun, mereka tersingkir pada peringkat kumpulan.

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Poland

Kedudukan tertinggi FIFA 5 (10 Augustus 2017)
Kedudukan terendah FIFA 78 (November 2013)
Kapten Robert Lewandowski
Kedudukan Elo 33
Kemunculan 4 (Kali pertama pada 2008)
Kaps terbanyak Michał Żewłakow (102)
Kod FIFA POL
Ketua jurulatih Adam Nawałka
Kedudukan tertinggi Elo 1 (Oktober 1975)
Persatuan Polski Związek Piłki Nożnej (PZPN)
Penjaring terbanyak Włodzimierz Lubański (48)
Keputusan terbaik Suku Akhir (2016)
Konfederasi UEFA (Eropah)
Stadium tuan rumah Stadium Nasional Warsaw
Kedudukan terendah Elo 55 (Ogos 1956, April 1998)
Kedudukan FIFA 19 ▲ 2 (28 November 2019)[1]
Gelaran Biało-czerwoni (Merah putih)
Białe Orły (Helang Putih)

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Poland http://www.polishfootballonline.com/ http://www.rsssf.com/miscellaneous/pol-recintlp.ht... http://eu-football.info/_matches.php?id=156 http://90minut.pl/rep_mecze.php?id_sezon=73 http://www.pzpn.pl/ https://www.fifa.com/fifa-world-ranking/ranking-ta... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Pasuka... https://sport.onet.pl/mundial-2018/reprezentacja-p... https://www.pzpn.pl/reprezentacje/reprezentacja-a/... https://www.pzpn.pl/reprezentacje/reprezentacja-a/...