Penerbitan Kuasa_(drama)

Kuasa ialah terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan menerbitkan filem Abang Long Fadil 2 (2017) dan Misteri Dilaila (2019).[7] Selaku penerbit drama ini, Yusof Haslam menafikan drama itu bersangkut paut dengan kisah keluarganya.[8][9] Dipetik dari Harian Metro, Yusof dinyatakan berkata:

"Saya tidak menulis sendiri, Shamin iaitu adik kepada Syamsul yang mencetuskan idea untuk drama premium ini. Jangan salah anggap kerana ia bukan kisah daripada keluarga [saya]. Tidak dinafikan konflik dalam keluarga adalah perkara biasa. Malah, saya sendiri tidak boleh lari daripada persepsi orang ramai. Mereka berhak untuk meletakkan penilaian masing-masing. Ini adalah rekaan dan fantasi, namun dicantikkan lagi dengan kreativiti pengarah iaitu Kroll Azry,".[8]

Menurut Yusof, pada mulanya beliau mahu berlakon dalam drama ini, namun tidak dapat berbuat demikian kerana komitmen lain.[10]

Rujukan

WikiPedia: Kuasa_(drama) http://www.imdb.com/title/tt19388822/ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/kuasa-ta... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/kuasa-to... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/sepatutn... https://gempak.com/berita-terkini/tampil-berbeza-2... https://www.kopiplanet.com/yusof-haslam-nafi-drama... https://www.myinfotaip.com/2022/03/kuasa-series.ht... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/04/827329/bukan... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/04/827471/ning-... https://www.hmetro.com.my/utama/2022/04/828877/hik...