Kubah_Al-Sakhrah
Kubah_Al-Sakhrah

Kubah_Al-Sakhrah

Kubah Al-Sakhrah (Bahasa Arab: قبة الصخرة, translit. Qubbat aṣ-Ṣakhra, lit. 'Kubah Batu'; Bahasa Ibrani: כיפת הסלע‎, translit. Kippat ha-Sela; Bahasa Inggeris: Dome of the Rock) ialah antara seni binaan Islam yang tercantik di dunia. Kubah Al-Sakhrah bukanlah sebuah masjid sebaliknya ialah sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj. Kubah Al-Sakhrah terletak di Baitulmuqaddis. Kubah Al-Sakhrah bukanlah Masjid Al-Aqsa tetapi termasuk dalam kompleks Masjid Al-Aqsa yang terlatak di satu perkarangan yang sama yang dianggap sebagai Tanah Suci bagi umat Islam. Kubah Al-Sakhrah juga sering disalahertikan sebagai Masjid Umar yang merupakan tempat Saidina Umar Al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmuqaddis. Berbanding dengan rumah-rumah ibadat yang lain, Kubah Al-Sakhrah yang paling dikenali sebagai simbol Baitulmuqaddis yang menjadikannya istimewa. Sebuah kumpulan radikal Yahudi di Israel ingin memusnahkan Kubah Al-Sakhrah dan bangunan-bangunan lain di Masjid Al-Aqsa bagi membina kuil ketiga Yahudi di kawasan terbabit. Sebarang rancangan untuk memusnahkannya atau memindahkannya pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam sehingga boleh membawa kepada konflik dan peperangan.

Kubah_Al-Sakhrah

Pentadbiran Kementerian Wakaf Jordan
Bil. menara masjid 0
Agama Islam
Jenis seni bina tempat suci
Lokasi Baitulmuqaddis
Negara Negara Palestin, Israel
Gaya seni bina Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah
Bil. kubah 1

Rujukan

WikiPedia: Kubah_Al-Sakhrah //scholar.google.com/scholar?q=%22Kubah+Al-Sakhrah... http://translate.google.com/translate?u=https://en... //www.google.com/search?&q=%22Kubah+Al-Sakhrah%22+... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Kubah... //www.google.com/search?q=%22Kubah+Al-Sakhrah%22&t... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Kubah+Al-Sa... http://www.islamicity.com/Culture/MOSQUES/Jerusale... http://www.noblesanctuary.com http://www.sacredsites.com/1st30/domeof.html http://prpm.dbp.gov.my/