Kubah_Mikraj
Kubah_Mikraj

Kubah_Mikraj

Kubah Mikraj atau dalam Bahasa Inggeris: Dome of the Ascension, (Bahasa Arab: قبة المعراج‎ Qubbat al-Miraj; Bahasa Ibrani: כִּיפָּת הַעֲלִיָּיה‎ Kippat Ha'Aliyah) adalah binaan berkubah kecil, berdiri sendiri yanga asalnya dibina oleh Tentera Salib yang terletak di utara Qubbat As-Sakhrah diperkarangan Al Haram Al Sharif dibandar lama Jerusalem (Baitulmuqaddis).Kubah Mikraj juga merupakan tempat penting dalam peristiwa sejarah Islam. Ia merupakan tapak penting dimana Nabi Muhammad SAW diangkat kelangit menerusi peristiwa Israk Mikraj. Namun dalam agama Kristian disini juga dianggap sebagai tempat suci iaitu suatu binaan dinamai Templum Domini yang mungkin digunakan untuk pembaptisan. Tersdapat inskrpsi Arab dari tahun 1200-1 dimana tempat ini telah di jadikan waqf.[1][2]Struktur binaan dipercayai adalah direka mengikut seni bina Frankish tetapi telah diubah suai dan dibetulkan selepas tempoh Dinasti Ayyubid.[2]