Kucing_Tulap_Afrika
Kucing_Tulap_Afrika

Kucing_Tulap_Afrika

Kucing Tulap Afrika atau Kucing Emas Afrika (bahasa Inggeris:African Golden Cat), nama saintifiknya (Profelis aurata) ialah kucing liar bersaiz sederhana bertaburan di hutan hujan Afrika Barat dan Afrika Tengah. Panjangnya adalah kira-kira 80 sentimeter (31 in), dan mempunyai ekor kira-kira 30 sentimeter (12 in) panjang. Ia merupakan saudara terdekat kedua-dua Caracal dan Serval,[2] namun pengelasan terkini meletakkannya sebagai satu-satunya ahli dalam genus Profelis.[3]Kucing Tulap Afrika adalah menyerupai Kucing Tulap (Asian Golden Cat), namun kajian menunjukkan bahawa ini disebabkan evolusi tumpu (convergent evolution), dengan saudara terdekatnya ialah Caracal dan Serval.[4]