Spesies Kuda_belang

Terdapat tiga spesies dan banyak subspesies. Populasi kuda belang jelas berbeza, dan hubungan antara dan status taksonomi beberapa subspesies adalah tidak jelas.

Kuda belang dataran

Kuda belang dataran (Equus quagga, dahulunya Equus burchelli) adalah paling biasa, dan mempunyai atau pernah mempunyai 5 subspesies tersebar sepanjang selatan dan timur Afrika. Ia, atau subspesies tertentu, juga pernah dikenali sebagai Zebra Biasa, Dauw, Zebra Burchell (sebenarnya subspesies yang pupus, Equus quagga burchelli), dan Quagga (juga subspesies yang pupus, Equus quagga quagga).

Kuda belang gunung

Kuda belang gunung (Equus zebra) di barat daya Afrika cenderung memiliki kulit licin sleek coat dengan perut putih dan belang halus berbanding dengan kuda belang padang rumput plain. Ia mempunyai dua subspesies yang dikelaskan sebagai terancam.

Kuda belang Grevy

Kuda belang Grevy (Equus grevyi) ialah jenis terbesar, serupa dengan zebra lain tetapi dengan bulu tengkuk tegak, dan kepala yang panjang kurus menjadikan ia kelihatan seperti keldai. Ia ialah haiwan padang rumput separuh kering di Ethiopia, Somalia, dan utara Kenya. Ia juga merupakan haiwan terancam.