Kuda
Kuda

Kuda

48, disenaraikan di siniKuda (Tulisan Jawi: كود) ialah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden dalam famili Equus. Nama saintifiknya Equus caballus atau Equus ferus caballus. Kuda telah lama merupakan salah satu haiwan bela jinak yang amat penting daripada segi ekonomi, dan telah memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang dan barang muatan selama beribu-ribu tahun. Sedangkan pembelajinakan kuda terpencil mungkin terjadi seawal 10,000 tahun dahulu, bukti yang jelas terhadap penggunaan kuda secara meluas oleh manusia bertarikh pada sekitar 2000 SM.Kuda telah dibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapat ditunggang, biasanya dengan pelana. Haiwan ini juga boleh dikenakan abah-abah untuk menarik objek-objek seperti kereta kuda atau bajak. Dalam sesetengah budaya, kuda merupakan satu sumber makanan, termasuk daging kuda dan kekadangnya susu; dalam budaya yang lain, memakan daging kuda adalah pantang larang.Di negara-negara kaya pada hari ini, kuda lebih biasa dipeliharakan untuk kegiatan waktu lapang dan sukan. Bagaimanapun, kuda terus memainkan berbagai-bagai fungsi ekonomi di seluruh dunia.Manusia telah membiakbakakan kuda selama beribu-ribu tahun dan telah menghasilkan banyak jenis baka yang berbeza-beza. Serupa dengan pembiakbakaan anjing, kuda telah dibiakbakakan supaya dapat menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-keupayaan yang khusus; umpamanya, kuda belima dihasilkan untuk kelajuan yang diperlukan oleh perlumbaan kuda.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Kuda http://www.abc.net.au/radionational/programs/scien... http://www.studbook.org.au/DisplayPDF.aspx?ty=RULE... http://www.cbc.ca/quirks/episode/2009/03/07/horsey... http://www.omafra.gov.on.ca/english/livestock/hors... http://www.sfu.ca/~donyang/adnaweb/Cai%20DW%20JAS2... http://www.aqha.com/Home/Racing/~/media/Files/Raci... http://www.baseball-fever.com/showthread.php?p=309... http://www.blackwell-synergy.com/doi/abs/10.1111/j... http://kudakelate.blogspot.com/ http://cs.bloodhorse.com/blogs/nicanor/archive/200...