Kuih_karas
Kuih_karas

Kuih_karas


Kuih karas atau kuih jala adalah kuih tradisional dari Kedah (dikenali sebagai karas), Sabah dan Sarawak di Malaysia dan Brunei (dikenali sebaga jala)[1][2][3] Di Sarawak, ia dikenali sebagai snek tradisional untuk Iban.[4] Ia sangat berbeza dari roti jala di Semenanjung Malaysia. Di Kedah, kuih ini biasanya ditemui di Daerah Kota Setar.[5] ia sesuai untuk dimakan semasa minum teh dengan secawan kopi panas.Kuih ini merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.Kuih ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing. Kuih ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat atau digulung.