Kuih_tiram
Kuih_tiram

Kuih_tiram

Kuih tiram atau juga dikenali dengan nama kuih selayang, kerepek layang, kuih kertas, kuih lidah kucing, kuih lidah buaya, dan kuih kapal terbang merujuk kepada sejenis kuih traditional Melayu Brunei di Papar,Sabah dan boleh didapati di seluruh Malaysia.[2]Kuih tiram biasanya mudah dihidangkan kerana ia tahan lama dan terdapat dalam pek jualan. Kuih tiram sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana bentuknya yang mudah dihidangkan dan rasanya enak dijamu bersama minuman panas.