Kumpulan B Piala Dunia FIFA 2010

Perlawanan bagi Kumpulan B Piala Dunia FIFA 2010 diadakan pada 12-22 Jun 2010.[1] Kumpulan B terdiri daripada negara Argentina, Nigeria, Korea Selatan dan Greece.Dalam pusingan Piala Dunia FIFA 1986 yang lalu, Argentina dan Republik Korea berada dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan A; di mana Argentina menang 3-1. Dalam pusingan Piala Dunia FIFA 1994, tiga pasukan iaitu Argentina, Nigeria dan Greece telah diundi bersama-sama dengan Bulgaria dalam Kumpulan D. Argentina, Bulgaria dan Nigeria layak ke pusingan kedua namun begitu Nigeria kalah kepada pasukan Itali (2-1) dan Argentina kalah kepada Romania (3-2) manakala Bulgaria layak sehingga ke separuh akhir kejohanan. Dalam pusingan Piala Dunia FIFA 2002, Argentina dan Nigeria telah diundi bersama dalam Kumpulan F, di mana Argentina menang 1-0 ke atas Nigeria; keputusan yang berulang kembali pada pusingan Piala Dunia FIFA 2010.Sebagai juara peringkat kumpulan, Argentina akan menentang Mexico iaitu naib juara Kumpulan A manakala naib juara, Korea Selatan akan menentang Uruguay iaitu juara peringkat Kumpulan A.Waktu mengikut zon Afrika Selatan (UTC+2)

Rujukan

WikiPedia: Kumpulan B Piala Dunia FIFA 2010 http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/worldcup/archive/southafrica20...