Ahli-ahli Kumpulan_Kembara

Kumpulan Kembara merupakan kumpulan penyanyi yang diasaskan oleh M. Nasir. Kumpulan Kembara yang menampilkan 3 penyanyi lagu-lagu puisi dan lagu 'rakyat' ditubuhkan sekitar awal 1980-an di Singapura dan dianggotai oleh :-

  1. M.Nasir (Mohd Nasir Mohamed)
  2. A.Ali (Hamdan Atan)
  3. S.Sahlan (Roslan Tajuddin )

A.Ali dan S.Sahlan telah meninggalkan kumpulan Kembara dan untuk 3 album seterusnya, beberapa orang anggota baru telah menggantikan kekosongan A.Ali dan S.Sahlan iaitu :

  1. M.Nasir sebagai Penyanyi Utama & Latar
  2. Shahrum Basiron sebagai Pemain Drums & penyanyi
  3. Rahman Suri sebagai Pemain Bass & penyanyi
  4. Zulkifli Mohamed (adik M Nasir) sebagai Pemain Gitar Utama & penyanyi
  5. Md. Shah Othman sebagai Pemain Keyboard & penyanyi

Anggota ini terus kekal sehinggalah Kembara berpecah dan anggota kumpulan membawa haluan masing-masing. Sebanyak lebih kurang 65 buah lagu telah dihasilkan sejak dari awal, kebanyakannya karya M.Nasir, S. Amin Shahab & A.Ali.