Biografi Kumpulan_Khalifah

Pembentukan (2006 - 2010)

Kumpulan Khalifah tidak mengambil masa lama untuk mengembangkan genre muzik rock tidak lama selepas kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 2006 apabila diberikan peluang merakaman album Kelahiran bersama Life Record (2007). Tiga tahun selepas itu, mereka berpeluang menerbitkan album bersama MVM & Universal Music dan hasilnya lahirlah album Cintaku Dewi Kamala (2009). Ini diikuti album Ni Hao Ma (2010). Melalui album ketiga ini, Khalifah cepat membuka mata audiens apabila single pertamanya dari album ini berjudul `Lagu Untuk Adinda’ telah menduduki carta radio THR untuk beberapa minggu dan mendapat tempat stesen-stesen radio stesen-stesen radio kerajaan seperti Lagu Untuk Adinda, Cikgu Ayu, Satu Hikayat Cinta dan Ni Hao Ma.

(2013 - 2016)

Setelah agak lama menyepi, pada penghujung 2012 mereka muncul dengan single terbaru bertajuk “Cinta dan Sayang” hasil ciptaan Mala dan Mie Rawo. Lagu “Cinta dan Sayang” ini telah di terima baik oleh pendengar setia dan selalu di dengar di corong-corong radio seperti THR, Suria FM dan juga Sinar FM. Lagu “Cinta dan Sayang” ini juga turut mendapat tempat di hati pengguna Maxis Apabila lagu tersebut di pilih sebagai “Artist of the Month”.

(2016 - kini)

Pada bulan Mac 2016, mereka telah muncul dengan single terbaru bertajuk "Hang Pi Mana" hasil ciptaan Harry dan Yabang sendiri. Lagu "Hang Pi Mana" telah membangunkan semula nama Khalifah dimata umum. Lagu tersebut juga telah diterima baik oleh pendengar dan sering dimainkan di radio dan juga media sosial.

Empat bulan selepas single "Hang Pi Mana" dikeluarkan mereka telah mengeluarkan single terbaru yang bertajuk "Assalamualaikum Ustazah".