Kumpulan_Lovehunters

Kumpulan Lovehunters merupakan kumpulan muzik yang berasal dari Singapura.Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan ini menyanyi lebih ke arah Blues Rock dan Rock n Roll.Kumplan ini aktif pada pertengahan 80-an sehingga awal 90an. Kumpulan ini telah mengadakan konsert terakhir pada 1 Januari 2011 di Esplanet di Singapura. Lagu yang terkenal mereka adalah Sehari Dalam Hidup , Ku Ukir Namamu , Ku Tetap Menanti, Blues Untuk Rakyat feat [ [Ramli Sarip]], Di Menara Singgahsana, Berpindah Minda, Azam Berazam, Terima Kasih ( Sayangku ) Sambutlah kasih dan Teman.Kumpulan ini sempat merakam 6 buah album penuh iaitu Sehari Dalam Hidup(1987), Realiti(1989), dan Blues Untuk Rakyat (1991), Terima Kasih (1993), dan menambah ahli kepada 4 dengan kemasukan Iskandar dalam album Inggeris mereka dengan judul yang sama Lovehunters (1994) dan pada tahun 1999 dengan album Kembali (1999) dan satu album komplikasi iaitu Ikhas(2004) serta satu album live iait Lovehunters:Live at Esplanade (2011)Album pertama mereka Sehari dalam Hidup (1987) dikeluarkan pada tahun 1987. Antara lagu yang popular antaranya Sehari Dalam Hidup dan Ku Ukir Namamu. Muzik yang mereka pamerkan pada album pertama , Rock Ballad, Hard Rock dan Heavy Metal.
Pada album kedua mereka yang berjudul Realiti (1989) Banyak lagu mereka diharamkan dimainkan di Malaysia disebabkan peraturan ketat yang dikeluarkan oleh Radio Television Malaysia .Antaranya,1. REALITI (KERANA NYANYIAN )2.HALUSINASI (KERANA NYANYIAN)3.INGATLAH (KERANA NYANYIAN)4.HIDUP SEDERHANA (KERANA NYANYIAN)Walau bagaimanapun antara lagu yang menaikan lagi Lovehunters di persada seni ini adalah Ku Tetap Menanti, Demi Cinta.Dan pada tahun 1991, Mereka mengeluarkan album ketiga dengan tajuk Blues Untuk Rakyat, Pada album ini mereka lebih menyerlah dari album sebelumnya dengan pelbagai lagu hits. Antaranya Berpindah Minda, Gadis Kayan Cintaku, Di Menara Singgahsana, dan lain-lain.

Kumpulan_Lovehunters

Berasal dari Singapura
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Pengkarya berkait Berkumpulan
Syarikat rakaman CBS (1987) WEA (1989-1993) Life Record(awal 2000)
Ahli Yazid, Moliano(Mol), Saharuddin(Saha)
Genre Rock
Bekas ahli Iskandar (1994)
Tahun aktif 1985 - 1990-an
2004-2011(reunion)