Sejarah Kumpulan_Masa

Kumpulan Masa Scarecrow mulai dikenali ramai setelah menyertai Kumpulan Muzik Tenggara dan Pesta Hiburan Kingsway pada tahun 1988. Pada awal penubuhannya di Kuantan, Pahang (asal anggota kumpulan ini) nama asalnya adalah Kumpulan Scarecrow.

Memandangkan pada masa tersebut kerajaan melalui RTM menggalakkan penggunaan nama dalam Bahasa Melayu, kumpulan ini telah menukarkannya kepada nama MASA Scarecrow. Sebelum merakamkan album pertama kumpulan ini terlebih dahulu menimba pengalaman bermain muzik disekitar Kuantan.

Zulkifli Mat Amin yang lebih dikenali sebagai Zul, vokalis kumpulan ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Alor Akar Kuantan mengasah bakatnya ketika belajar dan tinggal di asrama sekolah ini. Pada masa tersebut beliau sering mengadakan latihan bersama-sama rakannya iaitu Ali, Azam. Mubin, Remi, Ajak, Alim, Ayie dan Duan pada sekitar pertengahan 80-an. Namun, ramai antara rakan selatihannya telah berjaya melanjutkan pelajaran diperingkat tinggi dan tidak membabitkan secara aktif dalam dunia muzik.

Kumpulan Masa Scarecrow menghasilkan tiga album di bawah naungan Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd. Ketiga - tiga album tersebut berjaya menambat hati peminat muzik tanahair.

Di puncak populariti mereka, ahli band terdiri dari Zul (vokal utama ), Mazwan (gitar ), Lan (gitar - ahli asal ), Madi (bass - ahli asal) dan Shaiful (drum).

Setelah Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd bergulung tikar pada tahun 1993, ahli band mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair.