Trivia Kumpulan_Mega

  • Pemain bass kumpulan Kris, Lomaq merupakan pemain bass asal kumpulan Mega. Namun beliau meninggalkan kumpulan ini ketika proses rakaman album MEGA sedang dijalankan.
  • Lomaq atau nama sebenarnya, Musa bin Mohd Taib merupakan anak kepada komposer Allahyarham Taib Othman dan juga anak saudara kepada Allahyarham Rahim Othman. Kehadiran beliau dalam industri muzik tanah air telah menyebabkan wujudnya Taib Brothers di mana beliau juga merupakan saudara kandung kepada dua gitaris kumpulan Search iaitu Kid (gitar utama, sebelum ini pernah bersama kumpulan Gersang) dan Din (gitar irama).
  • Pemain dram, Joey juga menarik diri selepas album MEGA dikeluarkan dan kemudiannya mengikut Lomaq untuk bersama dalam kumpulan Kris.
  • Pemain gitar kumpulan Mega, Adie dan Sam adalah adik-beradik. Ini menjadikan Mega salah satu dari tiga kumpulan rock 80-an di Malaysia yang mempunyai gitaris adik-beradik selain Search (Kid dan Din) & Ekamatra (Shahrul dan Nurul).
  • Mat Mega (bass) dan Munir (dram) pernah menganggotai Kumpulan FRU pada tahun 1988 di mana kumpulan tersebut pernah diterajui oleh penyanyi Datuk Hattan.
  • Mat Mega merupakan bapa saudara kepada penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti TV Akademi Fantasia Musim Ketujuh iaitu Akim Ahmad.
  • Bekas vokalis Mega, Zarith pernah menghasikan dua album solo selepas meninggalkan Mega iaitu Eva pada tahun 1992 dan Sejuta Rahmat pada tahun 1999. Selepas itu beliau tidak lagi aktif menyanyi.
  • Kumpulan ini juga merupakan senior kepada kumpulan pop rock terkenal Malaysia, Exists ketika kedua-dua kumpulan ini sama-sama bernaung di bawah pengurusan Jojo's Production, sebuah syarikat rakaman yang berpusat di Johor Bahru pada ketika itu.
  • Rahmad pula kini aktif menyanyi secara solo dan telah menghasilkan sebuah album mini berjudul Hujan pada tahun 2014.
  • Dua komposer terkenal tanahair iaitu Saari Amri dan LY mula mencipta nama setelah menyumbangkan lagu hit kepada kumpulan Mega. Saari dengan lagu Pasti dan LY menerusi lagu Bayangan Gurauan.
  • Lagu Bayangan Gurauan telah diubah judulnya kepada Gadis Misteri untuk pasaran Indonesia dan mendapat sambutan baik dari penggemar muzik di sana.
  • Mega merupakan salah satu daripada tiga kumpulan rock yang pernah menyertai Anugerah Juara Lagu beberapa kali dengan vokalis yang berlainan selain Wings dan Exists. Mereka menyertai pertandingan akhir Juara Lagu buat pertama kali pada tahun 1990 dengan lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara, ketika bersama Zarith. Mereka menyertai AJL kali kedua pada tahun berikutnya (1991) dengan lagu Takdir Dan Waktu di mana vokalisnya pada ketika itu ialah Rahmad.
  • Pada tahun 2007, Rahmad akhirnya dipertemukan dengan vokalis asal Mega iaitu Zarith, selepas 16 tahun Zarith meninggalkan kumpulan tersebut. Pada waktu itu, Mega telah mengadakan konsert live di Planet Hollywood bersama kumpulan Fotograf.