Kumpulan_Melissa

Kumpulan Melissa merupakan sebuah kumpulan muzik rock di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu irama rock dalam bahasa Malaysia. Sejarah ringkas, kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 oleh dua orang pengasasnya iaitu Kef dan Ajax. Sekitar tahun 1996 kesemua anggota-anggota kumpulan Melissa telah membawa haluan masing-masing dengan kerjaya mereka. Kumpulan rock Melissa yang pernah menjadi sebutan ramai pada dekad 90-an diangotai oleh empat orang ahli iaitu; Kefli Ramli-Kef (gitar utama), Mohd Nor Razak - Ajax (gitar bass), Fauzi Shah Abdul Karim - Ozy (pemain dram) dan Mohd Radzi - Scrop (penyanyi utama).

Kumpulan_Melissa

Pekerjaan Penyanyi/Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait Rosli Selasih, Juwie, S. Amin Shahab
Syarikat rakaman Varia Music Production (1990-1992)
Life Records Sdn Bhd (1993)
Genre Rock, Slow rock
Bekas ahli Radzi (penyanyi)
Alif (penyanyi)
Kef (gitar utama)
Ajax (bass)
Ozy (dram)
Boy (gitar)
Farez (gitar)
Ancoy (dram)
Tahun aktif 1989–2011