Sejarah Kumpulan_Melissa

Album pertama kump ini diterbitkan pada tahun 1990.sewaktu Lagu Cinta Untuk Nabila yang dimuatkan dalam album ini telah menjadi hit dan secara tidak langsung telah menjulang dan menaikan nama Melissa dipersada muzik tanah air keff telah mengundurkan diri diganti dgn Boy Arena a.k.a Fareez Undertaker/Boy Banyak membantu kumpulan Melissa Sehingga Ke rakaman album yg ketiga. Kumpulan Melissa telah menerbitkan 3 buah album. Album pertama berjudul Pendirian (1990). Album kedua berjudul Kami Mat Rock (1991). Album ketiga berjudul Mistik (1994) Album ketiga ini penerbitnya ialah Kumpulan Melissa sendiri yg di anggotai oleh Alif Penyanyi Utama Boy/Fareez Undertaker Guitar Utama Bass Lalang Drum Ancoy .

Bagaimanapun pada sekitar tahun 1996 anggotanya telah membawa haluan masing-masing. Penyanyinya Scorp telah menukar kerjayanya daripada dunia hiburan kepada penceramah agama bebas tanah air yang berpengkalan di negeri Kedah. Pemain gitar Keff pula menukar kerjayanya kebidang perniagaan. Pemain bass Ajax masih aktif dalam bidang ini. Beliau telah menyertai kumpulan Real X dan berlakon dalam dua buah filem arahan Mamat Kalid yang berjudul Rock dan Zombie Kampung Pisang. Manakala pemain drum Ozy telah menjawat jawatan sebagai pegawai polis (PDRM) di Kuantan, Pahang.

Pada Tahun 2008 kumpulan ini telah mengistiharkan untuk bersatu kembali (Reunion). Cadangan ini telah di sambut baik oleh peminat-peminat serta telah menjayakan sebuah program rancangan hiburan Rock Prima di Astro dengan kerjasama Jengking Merah Production. Kini kumpulan ini aktif kembali tetapi hanya untuk menjayakan show-show tertentu sahaja memandangkan kesemua anggatanya sudah mempunyai komitment yg lebih penting selain dari bidang muzik yang diceburinya.[1]

Kumpulan Melissa turut sama dalam acara Rock Revival 2017 yang bertempat di House @ G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala lumpur yang menampilkan tiga kumpulan iaitu kumpulan Melissa, Crash dan CRK.[2]