Kumpulan_Slam

Kumpulan Slam merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Slam adalah salah sebuah kumpulan muzik yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori growth, di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani, Shah, Ajak, Lili, Man & Eddie tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul Kesan Terbukti. Album ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu dengan 5 lagu berada di kedudukan teratas carta muzik Malaysia dan Indonesia seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Manisnya Rindu dan Bukan Niat Membalas Derita. Mereka kemudiannya terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani dan lagu malar segar mereka, Gerimis Mengundang.

Kumpulan_Slam

Berasal dari Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi/Pemuzik
Pengkarya berkait Spring
Exists
Juga dikenali sebagai FIX (1987–1992)
Instrumen Vokal/Band
Syarikat rakaman BMG Music
Ahli Zamani - Vokal
Shah - Gitar Utama
Ajak - Gitar Kedua
Lili - Bass
Man - Dram
Eddie - Keyboard
Genre Rock, Pop, Balada
Bekas ahli John - Vokal
Ronnie Hussien - Vokal
Tahun aktif 1993–1999, 2003–kini