Kumpulan_Tentera_Darat_F

Kumpulan Tentera Darat F ([Heeresgruppe F] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah sebuah formasi pemerintahan strategik Wehrmacht semasa Perang Dunia Kedua. Panglima Kumpulan Tentera Darat F juga berkhidmat sebagai Oberbefehlshaber Südost (OB Sudost). Di tubuhkan pada 12 Ogos 1943, di Bayreuth (WK XIII), ia ditempatkan sepenuhnya di rantau Balkan. Pemerintahnya dari Ogos 1943 ialah Maximilian von Weichs yang dinaikkan pangkat ke Generalfeldmarschall pada 1 Februari 1943, dengan Leftenan Jeneral Hermann Foertsch bertugas sebagai Ketua Staf.[1] Penglibatan utamanya dalam pertempuran ialah mempertahankan dari kemungkinan pencerobohan pihak Bersekutu dalam apa yang dilihat sebagai "kelemahan bahagian bawah" Jerman, dan menentang kumpulan partisan tempatan yang semakin kukuh. Pada hujung tahun 1944, ia menyelia pengunduran Jerman dari Greece dan kebanyakkan Yugoslavia ekoran daripada Penyerangan Budapest.Kumpulan Tentera Darat ini terlibat dalam keseluruhan perang, Tentera Darat Ke-2 Panzer di Yugoslavia dan Albania, dan Kumpulan Tentera Darat E di Greece.

Rujukan

WikiPedia: Kumpulan_Tentera_Darat_F http://www.lexikon-der-wehrmacht.de/Gliederungen/H... http://www.archives.gov/dc-metro/washington/ http://znaci.net/00001/301.htm http://znaci.net/00002/358.htm https://web.archive.org/web/20130105034514/http://... https://web.archive.org/web/20130329024246/http://... https://web.archive.org/web/20130329025023/http://... https://web.archive.org/web/20130420065459/http://... https://web.archive.org/web/20130420065634/http://... https://web.archive.org/web/20130420065901/http://...