Kurt_Russell
Kurt_Russell

Kurt_Russell

Kurt Vogel Russell (lahir 17 Mac 1951) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Beliau mula berlakon pada usia 12 tahun dalam siri Barat The Travels of Jaimie McPheeters (1963–1964). Pada akhir 1960-an, beliau menandatangani kontrak sepuluh tahun dengan The Walt Disney Company di mana, menurut Robert Osborne, Russell menjadi bintang teratas studio pada tahun 1970-an.[6]Russell telah dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Filem untuk persembahannya dalam Silkwood (1983). Pada tahun 1980an, beliau berlakon dalam beberapa filem arahan John Carpenter, termasuk peranan anti-wira seperti anggota tentera dan perompak Snake Plissken dalam filem aksi futuristik Escape from New York (1981), dan kesinambungannya Escape from L.A. (1996), juruterbang helikopter R.J. MacReady dalam pembikinan semula filem seram The Thing (1982), dan pemandu trak Jack Burton dalam filem aksi komedi gelap kung-fu Big Trouble in Little China (1986). Beliau dicalonkan untuk Anugerah Emmy untuk filem televisyen Elvis (1979), juga arahan Carpenter.Russell berlakon dalam filem lain, termasuk Overboard (1987), Tango & Cash (1989), Backdraft (1991) Tombstone (1993), Stargate (1994), Miracle (2004), Sky High (2005), Death Proof (2007), The Hateful Eight (2015), Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017) dam Once Upon a Time in Hollywood (2019). Beliau juga telah muncul dalam francais The Fast and the Furious, telah berlakon dalam Furious 7 (2015) dan The Fate of the Furious (2017).[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Kurt_Russell //www.amazon.com/dp/B00A2PXD1G http://www.ibtimes.com/furious-7-cast-member-kurt-... http://www.imdb.com/name/nm0000621/ http://news.moviefone.com/2015/03/18/exclusive-fur... http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p071649565 http://isni.org/isni/0000000121343676 https://www.architecturaldigest.com/story/goldie-h... https://modernluxury.com/aspen/story/passionate-pu...