Furious_7
Furious_7

Furious_7

Furious 7 ialah filem aksi Amerika Syarikat 2015 diarahkan oleh James Wan dan ditulis oleh Chris Morgan. Ia merupakan filem ketujuh dalam francais Fast and the Furious. Filem ini dibintangi Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris Bridges, Jordana Brewster, Kurt Russell, dan Jason Statham. Furious 7 mengikuti Dominic Toretto (Diesel), Brian O'Conner (Walker) dan seluruh pasukan mereka yang telah kembali ke Amerika Syarikat untuk hidup secara normal setelah mendapat pengampunan untuk jenayah lama mereka dalam Fast & Furious 6 (2013), sehingga Deckard Shaw (Statham), seorang pembunuh pasukan khas yang mahu membalas dendam ke atas adiknya yang koma, meletakkan mereka dalam bahaya sekali lagi.[7]Dengan tiga filem sebelumnya berlaku diantara 2 Fast 2 Furious (2003) dan The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006), Furious 7 ialah filem pertama dalam francais yang mengambil tempat selepas Tokyo Drift. Filem ini juga merupakan penampilan terakhir filem Walker yang meninggal dunia selepas kemalangan pada November 30, 2013 semasa pengambaran baru setengah siap.[8] Susulan kematian Walker, pengambaran ditanguh untuk skrip ditulis semula dan saudaranya, Caleb dan Cody digunakan untuk menyelesaikan baki babak.[9]Pelan untuk filem ketujuh pertama kali diumumkan pada bulan Februari 2012 apabila Johnson menyatakan bahawa produksi filem itu akan bermula selepas Fast & Furious 6 selesai. Pada bulan April 2013, Wan diumumkan untuk mengarahkan filem ini. Pemilihan pelakon bermula pada bulan yang sama dengan pertandatangan semula Diesel dan Walker, dan tarikh tayangan awal telah dijadual. Fotografi utam bermula di Atlanta, Georgia pada bulan September 2013 dan bersambung pada bulan April 2014 dan berakhir pada bulan Julai 2014, dengan lokasi lain perfileman termasuk Los Angeles, Colorado, Abu Dhabi dan Tokyo.Furious 7 ditayangkan di Los Angeles pada April 1, 2015 dan pertama kali ditayangkan di Australia pada April 2, 2015 dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada April 3, 2015. Filem ini juga ditayangkan dalam 3D, IMAX 3D dan 4DX di pasaran antarabangsa. Selepas ditayangkan, filem ini mendapat kejayaan kritikal dan komersial. Filem ini mengutip $397.6 juta di seluruh dunia semasa lima hari pertama tayangan yang merupakan pembukaan ketiga terbesar sepanjang masa. Filem ini telah mengutip lebih daripada $1.5 bilion di seluruh dunia, menjadikannya filem dengan pendapatan tertinggi dalam francais ini selepas dua belas hari, filem kedua dengan pendapatan tertinggi (dibelakang Jurassic World) dan filem kelima dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa. Sebuah sekuel dijadual ditayangkan pada April 14, 2017.

Furious_7

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Characters oleh
Gary Scott Thompson
Muzik oleh Brian Tyler
Disunting oleh
Pengarah James Wan
Penerbit
Penulis Chris Morgan
Pecah panggung $1.512 bilion[6]
Mula ditayangkan 1 April 2015 (2015-04-01) (TCL Chinese Theatre)
April 3, 2015 (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi
Tempoh tayangan 137 minit[1]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat[2]
Pengedar Universal Pictures
Perbelanjaan $190 juta[3][4][5]

Rujukan

WikiPedia: Furious_7 http://www.eventcinemas.com.au/movie/Furious-7 http://www.billboard.com/articles/columns/latin/65... http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-04-01/... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/ http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/?sort=s... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=fast7.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.bustle.com/articles/74656-who-will-star... http://www.buzzfeed.com/adambvary/the-daunting-tas...