Kvas
Kvas

Kvas

Kvas atau kvass ialah sejenis minuman tradisional kaum Slav di Eropah Timur. Ia diperbuat dari roti rai (gandum hitam), air, gula dan ragi. Ia seringkali dicampur bahan perisa lain seperti madu, buah-buahan seperti strawberi, epal, kismis atau daun pudina. Kvas mengandungi sedikit alkohol, biasanya antara 0.5 hingga 1.2%, iaitu jumlah yang hampir sama dengan tapai. Walaupun ia adalah minuman beralkohol, kandungan alkoholnya begitu rendah sehingga dianggap selamat diminum oleh kanak-kanak.Kvas merupakan minuman yang sangat popular pada musim panas di Eropah Timur, terutamanya di Rusia, Ukraine, Belarus dan kawasan lain yang dipengaruhi oleh budaya Rusia, seperti negara-negara Baltik, negara-negara Asia Tengah serta Xinjiang dan Harbin di China. Rasanya masam-masam manis, dicampur dengan rasa roti.