Sejarah Kvas

Kvas telah dinikmati sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan kaum Slav Timur.[2] Kvas disebut dalam Tawarikh Rus Lama pada tahun 989.[3]

Pada abad-abad sebelum ini, kvas digemari oleh segenap lapisan masyarakat Rusia, dari petani hinggalah ke Maharaja (Tsar), malahan kvas dikhabarkan lebih banyak diminum berbanding air biasa.

Pada masa kini, kvas dijual di seluruh pelusuk negara-negara Slavik. Ia boleh didapati dalam bentuk minuman botol ataupun dijual di jalanan dari tong-tong besar, sepertimana penjaja di Malaysia menjual minuman di pasar-pasar malam.