LAMP
LAMP

LAMP

LAMP ialah akronim yang merujuk kepada tindanan penyelesaian aturcara-aturcara perisian, biasanya atur cara sumber terbuka, yang digunakan bersama-sama untuk mengendalikan laman web dinamik atau pelayan. LAMP pada asalnya merupakan singkatan untuk:Gabungan teknologi ini digunakan khususnya untuk mentakrifkan infrakstruktur pelayan web, paradigma pengaturcaraan untuk membangun perisian, serta untuk mengasaskan pakej pengedaran perisian. Lebih terkini, P kerap kali digunakan untuk merujuk kepada Perl atau Python sebagai bahasa-bahasa pengaturcaraan yang alternatif. Sila lihat Kelainan-kelainan di bawah.Walaupun para pencipta tidak mereka bentuk aturcara-atur cara sumber terbuka mereka supaya dapat saling digunakan bersama-sama, gabungan itu telah menjadi popular kerana kos pemerolehannya yang rendah serta juga kerana komponen-komponennya mudah didapati (ditawarkan secara percuma dengan kebanyakan edaran Linux). Apabila digunakan bersama-sama, aturcara-aturcara ini merupakan satu tindanan penyelesaian teknologi yang menyokong pelayan-pelayan aplikasi. Tindanan-tindanan yang lain termasuk persekitaran-persekitaran pembangunan aplikasi seperti WebObjects Apple Computer, Java/Java EE, Grails, dan seni bina .NET Microsoft.Komponen penskripan tindanan LAMP berasal daripada antaramuka-antaramuka web CGI yang mecapai satu kepopularan pada awal dekad 1990-an. Teknologi ini membenarkan para pengguna pelayar web melaksanakan atur cara mereka pada pelayan web dan dengan itu, dapat menerima kandungan dinamik serta juga statik. Para pengaturcara menggunakan bahasa penskripan bersama-sama aturcara-aturcara ini kerana mereka berupaya memanipulasi aliran-aliran teks dengan lebih mudah dan cekap, walaupun jika komponen-komponen tersebut berasal daripada sumber yang berbeza. Atas alasan ini, para pereka bentuk sistem sering merujuk kepada sistem-sistem penskripan itu sebagai bahasa-bahasa glu.Pada tahun 1998, Michael Kunze mencipta akronim LAMP dalam rencananya untuk c't, sebuah majalah perkomputeran Jerman (12/98, m.s. 230). Rencana itu bertujuan untuk menunjukkan bahawa seberkas perisian bebas dapat memberikan alternatif yang berdaya maju terhadap pakej-pakej komersil. Memahami kegemaran dunia teknologi maklumat akan akronim, Kunze mecipta akronim LAMP sebagai istilah pemasaran untuk meningkatkan kepopularan perisian bebas, dengan O'Reilly dan MySQL AB kemudian mempopularkan istilah tersebut di kalangan penutur bahasa Inggeris. Sebenarnya, sejak dari masa itu, MySQL AB telah mendasarkan sesetengah usaha pemasarannya pada kepopularan tindanan LAMP.