LFS_Cinemas
LFS_Cinemas

LFS_Cinemas

Lotus Five Star Cinemas atau LFS Cinemas adalah satu rangkaian pawagam di Malaysia yang dimiliki oleh Kumpulan Lotus. Pawagam ini dikenali sebagai Pawagam India atau Pawagam Bollywood diantara kalangan masyarakat tempatan kerana pawagam ini lebih tertumpu kepada tayangan filem Bahasa Tamil dan Hindi.Panggung wayang terbesarnya terletak di The Summer Mall di Kota Samarahan. LFS Cinemas mempunyai lebih 25 cawangan dan 108 skrin di Malaysia. Selain itu, Lotus Five Star juga merupakan pengedar utama filem India di Malaysia[1].