Penerbitan La_Dolce_Amira

Tajuk drama ini asalnya berbunyi Si Lenggang Amira, tetapi pihak TV3 meminta agar tajuknya ditukar gara-gara tidak menarik. Akhirnya, nama La Dolce Amira diketengahkan lalu diterima, kerana, menurut pengarahnya Aida Fitri Buyong: "Tajuk drama yang mengetengahkan budaya luar dan budaya remaja masa kini itu dikatakan lebih menarik daripada Si Lenggang Amira. Lagipun, tajuk itu dipilih mengikut tajuk buku yang ditulis Amira iaitu seorang yang bercita-cita hendak menjadi penulis."[1] Nama "La Dolce" berasal dari bahasa Itali, iaitu bererti "si manis".

Difahamkan juga bahawa pada awal proses penerbitan, Faezah, Fouziah Gous dan Scha pernah dipanggil sekali untuk menguji bakat untuk watak Amira, dan akhirnya Faezah dipilih kerana 'lebih versatil dan mempunyai potensi untuk melakonkan watak ini' berbanding mereka berdua yang lain, ujar Aida.[1]