Sinopsis La_Dolce_Amira

La Dolce Amira menceritakan tentang sekumpulan remaja yang masing-masing mempunyai masalah keluarga lantas mencipta dunia mereka sendiri dengan mengharungi kehidupan yang materialistik dan sentiasa mengejar kemewahan.

Amira merupakan seorang yang berjiwa muda dan mempunyai ramai kawan, serta bercita-cita untuk menjadi penulis. Hidupnya dipenuhi dengan gelak tawa dan usik-mengusik walaupun kadangkala asyik bergaduh. Tetapi di sebalik keceriaan itu, Amira berdepan dengan masalah rumahtangga ibu bapanya, Puan Yasmin dan Encik Azhan.

Pelbagai cubaan sudah dilakukan oleh Amira tetapi sering tidak menjadi. Amira tiada tempat untuk mengadu. Abangnya, Ariff, bersikap endah tak endah dengan masalah ibu bapa mereka manakala adiknya, Arissa, masih mentah untuk memahami situasi sebenar.