Sejarah Labu,_Negeri_Sembilan

Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesen Labu. Walau bagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.[perlu rujukan]

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ[1] yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.[2]o'

Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.

Kampung Gadong Jaya

Tanah rancangan di Kampung Gadong Jaya telah diberikan kepada Melayu, Cina dan India. Kampung ini diduduki oleh 65% orang Melayu, 25% orang Cina dan 15% orang India. Majoriti adalah orang Melayu. Pada tahun 1960, di sini tidak ada jalan yang sempurna. Walau bagaimanapun, penduduk-penduduk di Kg Gadong Jaya mengusahakan untuk membina jalan bertanah merah tetapi ada juga sebilangan penduduk melarikan diri kerana tidak menyesuaikan di kawasan ini kerana tiada saluran air, elektrik dan sebagainya.