Lachata

Lachata (Korea: 라차타, digayakan sebagai "LA chA TA") merupakan "single" pertama kugiran f(x). Dilancarkan sebagai "single" digital pada 1 September 2009 yang dikeluarkan oleh label rakaman SM Entertainment. Lagu ini ditulis oleh Kenzie, penulis lagu yang banyak menghasilkan karyanya di pelbagai agensi label. Lagu ini kemudiannya dimasukkan ke dalam album pakej semula kugiran ini iaitu Hot Summer[1].