Ekonomi Lahad_Datu

Kilang Sawit Tomaco di Sungai Mangis

Lahad Datu merupakan kawasan perdagangan dan pemerintahan, sebelum pembangunan giat dijalankan, Lahad Datu menjalankan perniagaan Kelapa dan Kopra atau kelapa kering. kini, ekonominya lebih tertumpu kepada penanaman Kelapa Sawit, selain dari ekonomi lain.

The Palm Oil Industrial Cluster (POIC)

Lahad Datu juga mempunyai beberapa kilang penapis minyak sawit. The Palm Oil Industrial Cluster (POIC) terletak berhampiran dengan Pelabuhan Lahad Datu dan menerima kapal pertama pada 1 Mac 2013. Ia terdiri daripada 1,150 ekar (5 km2) tanah dibangunkan (dengan kemudahan pengumpulan berpusat dan jeti, yang sedang dalam pembinaan, yang akan mempunyai draf 20 meter, menjadikannya salah satu segelintir pelabuhan laut dalam di dunia khusus untuk minyak sawit industri hiliran. Setakat ini, 18 buah syarikat telah membeli tanah di POIC dengan 8 buah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran biodiesel sawit. POIC ialah syarikat penuh milik kerajaan negeri di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Perindustrian. Pengerusinya ialah Menteri sekarang, Datuk Dr. Ewon Ebin dan ketua pegawai eksekutif Mr.Wong Yu Chin (ASDK, BSK).

POIC Lahad Datu

Kawasan FELDA Sahabat, Lahad Datu

FELDA mula memajukan tanah pada pertengahan tahun 1979 berdasarkan kelulusan Kerajaan Negeri melalui Warta Kerajaan Negeri Sabah No. 148 dan 223. Sehingga tahun 2000, FELDA telah membuka tanah seluas 124,389 hektar yang mana 98% ialah kawasan perladangan terutama tanaman sawit dan 2% ialah kawasan penempatan dan Bandar. Lebihan kawasan tidak dapat dimajukan oleh pihak FELDA atas sebab kesesuaian kawasan serta pengambilan balik oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Kawasan yang telah dimajukan oleh FELDA hanya ditumpukan di kawasan Pantai Timur Sabah. Jarak jauh Kompleks Sahabat ialah 100 kilometer dari bandar Lahad Datu manakala Kompleks Umas ialah 76 kilometer dari bandar Tawau.

Keluasan bagi Felda Sahabat ialah ladang (105,053 hektar) dan penempatan/bandar (1707 hektar), dengan jumlah keseluruhan berluas 106,760 hektar tidak termasuk kawasan yang terlebih buka dan yang diduduki penduduk kampung.

Kompleks Felda Sahabat

Rujukan

WikiPedia: Lahad_Datu http://www.astroawani.com/video-malaysia/kronologi... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://edition.cnn.com/2013/02/15/world/asia/malay... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18622 //scholar.google.com/scholar?q=%22Lahad+Datu%22 //www.google.com/search?&q=%22Lahad+Datu%22+site:n... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Lahad... //www.google.com/search?q=%22Lahad+Datu%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Lahad+Datu%... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/...