Sejarah Lahad_Datu

Pemandangan Lahad Datu, British North Borneo Chartered Company: Dicetak oleh W. Brown & Co., limited, London, 1899

Perkataan “Lahad Datu” berasal daripada bahasa Bajau, iaitu “Lahad” yang bererti tempat dan “Datu” yang membawa makna orang-orang Kenamaan atau Bangsawan pada zaman dahulu. “Lahad” merupakan kognat bagi perkataan ”darat” dalam bahasa Melayu. Tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-datu dari kerajaan Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu.

Bermula pada tahun 1890, penghijrahan kerajaan Kesultanan Sulu mula menguasai sebahagian Pulau Borneo Utara. Mengikut bahasa Idahan pula, iaitu satu kaum peribumi daerah ini, Lahad datu dahulunya diberi nama Kerugau, yang bererti batu karang bertompok-tompok di merata pantai bermula dari Kunak hingga ke Membatu, Tungku.

Bentuk geografi Lahad Datu semula jadi Teluk Darvel banyak membantu usaha kerajaan dari segi ekonomi di Sabah. Keistimewaannya sebagai pelabuhan yang selamat dari sebarang ancaman bencana alam kerana terlindung oleh Pulau Sakar. Keluasan daerah ini ialah 6,501 kilometer persegi atau 687,372 hektar meliputi daerah Tungku. Menurut bancian yang dibuat pada tahun 2010 jumlah penduduk daerah Lahad Datu termasuk Tungku ialah 195,865 orang.

Rujukan

WikiPedia: Lahad_Datu http://www.astroawani.com/video-malaysia/kronologi... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://edition.cnn.com/2013/02/15/world/asia/malay... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18622 //scholar.google.com/scholar?q=%22Lahad+Datu%22 //www.google.com/search?&q=%22Lahad+Datu%22+site:n... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Lahad... //www.google.com/search?q=%22Lahad+Datu%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Lahad+Datu%... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/...