Sejarah Laksamana_Muda_(Royal_Navy)

Pangkat ini bermula dalam abad ke-17, pada zaman skuadron pelayaran apabila setiap skuadron tentera laut akan menugaskan seorang Laksamana sebagai panglimanya. Laksamana akan memerintah dari tengah kapal dan mengarah aktiviti-aktiviti skuadron.

Laksamana pula akan dibantu oleh Laksamana Madya, yang memerintah kapal utama yang akan menanggung beban pertempuran laut. Di bahagian belakang (rear) skuadron, laksamana ketiga akan memerintah kapal yang tinggal dan, kerana bahagian skuadron ini dianggap paling tidak bahaya, laksamana yang memimpin bahagian belakang (rear) lazimnya adalah laksamana skuadron yang paling muda. Ini telah bertahan hingga ke zaman moden, dengan pangkat rear admiral adalah yang paling muda dari kalangan admiralti kebanyakan tentera laut.

Sebelum tahun 1864 Royal Navy telah dibahagikan kepada skuadron berwarna yang menentukan perjalanan kerjayanya. Bendera pemerintah yang dikibarkan oleh laksamana muda berubah beberapa kali dalam tempoh ini.[1]

Pangkat laksamana muda Royal Navy harus dibezakan daripada pejabat Rear-Admiral United Kingdom, iaitu satu jawatan Admiralti yang biasanya dipegang oleh laksamana "penuh" kanan (dan mungkin bersara).