Laluan_Persekutuan_Malaysia_68

Laluan Persekutuan 68 ialah sebatang laluan persekutuan yang menghubungkan Gombak di Selangor hingga ke Kampung Ketari di Bentong, Pahang [2]. Di Selangor, laluan ini dinamakan sebagai Jalan Gombak manakala di Pahang dinamakan sebagai Jalan Kuala Lumpur [2]. Jalan ini dikenali dengan nama-nama lain seperti:Sebelum wujudnya Lebuhraya Karak E8/FT2, jalan ini asalnya merupakan sebahagian jajaran Jalan Kuala Lumpur-Kuantan FT2; namun, disebabkan selekohnya yang tajam, keadaan jalan yang sempit serta kekurangan ciri-ciri keselamatan, sebuah lebuh raya pengganti iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2 (kini Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2) dibina, menyebabkan jalan ini diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 68.