Laluan_Rel_Lapangan_Terbang_Suvarnabhumi
Laluan_Rel_Lapangan_Terbang_Suvarnabhumi

Laluan_Rel_Lapangan_Terbang_Suvarnabhumi

Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi (Thai: รถไฟฟ้าเชื่อมท่าอากาศยานสุวรรณภูมิ; singkatan: SARL) merupakan perkhidmatan kereta api ekspres dan komuter yang menghubungkan Lapangan Terbang Suvarnabhumi melalui Makkasan dengan stesen Phaya Thai di tengah bandar raya Bangkok, Thailand. Sistem kereta api ini dimiliki oleh Kereta Api Negara Thailand (SRT) dan dikendalikan oleh anak syarikat SRT iaitu SRT Electrified Train.Laluan kereta api sepanjang 28.6 kilometer (17.8 mi) ini dibuka kepada pengguna pada 23 Ogos 2010.[2] Perkhidmatan laluan ini pada asalnya terdiri daripada perkhidmatan ekspres dan laluan bandar, serta rel komuter yang memberi khidmat melalui lapan stesen.

Laluan_Rel_Lapangan_Terbang_Suvarnabhumi

Sistem Laluan rel lapangan terbang
Status Beroperasi
Pemilik Kereta Api Negara Thailand
Penumpang harian 57,800[1]
Pengelektrikan Talian overhed, 25 kV AC
Stesen 8
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8½ in) pada tolok piawai
Terminal Lapangan Terbang Suvarnabhumi
Phaya Thai
Dibuka 23 Ogos 2010 (2010-08-23)
Laman sesawang www.srtet.co.th/index.php/en/
Panjang aliran 28.4 km (17.6 mi) (anggaran)
(dirancang 48.6 km)
Stok kereta api Siemens Desiro Kelas 360/2
Pengendali SRT Electrified Train
Jenis Komuter dan ekspres
Nama asal รถไฟฟ้าเชื่อมท่าอากาศยานสุวรรณภูมิ
Kelajuan operasi
  • Ekspres: 160 km/h (99 mph)
  • Biasa: 120 km/h (75 mph)