Laluan_Sungai_Buloh–Serdang–Putrajaya

Stesen pertukaranLaluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) atau lebih dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya dan MRT Laluan 2, akan menjadi laluan kereta api transit aliran ke-12 serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu keempat di kawasan Lembah Klang, selepas laluan-laluan Kelana Jaya, Sungai Buloh–Kajang dan Bandar Utama–Klang, ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan ini ditunjukkan dengan warna emas berserta petunjuk bernombor 12.Laluan ini merupakan salah satu daripada dua laluan kereta api yang dirancang di bawah projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) oleh syarikat MRT Corp. Fasa pertama projek, di antara Kwasa Damansara sehingga Kampung Batu dijangka akan memulakan perkhidmatannya pada Julai 2021. Fasa yang selebihnya dijangka akan beroperasi pada tahun 2022.Jajaran laluan rel adalah sepanjang 52.2 kilometer (32.4 mi), di mana 13.5 kilometer (8.4 mi) terletak di bawah tanah.[3] Sejumlah 37 buah stesen, 11 daripadanya adalah di bawah tanah akan dibina.[4] Laluan ini merentang dari Kwasa Damansara di daerah Petaling hingga Putrajaya dan akan melalui kawasan penduduk yang padat seperti Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.[5]

Laluan_Sungai_Buloh–Serdang–Putrajaya

Sistem KVMRT Laluan 2
Status Dalam pembinaan
Pemilik MRT Corp
Sistem pengaliran Automatik dan tanpa pemandu
Pengelektrikan Rel ketiga, 750 VDC
Stesen 37[1]
Terminal Kwasa Damansara
Kampung Batu (fasa 1)
Putrajaya Sentral (fasa 2)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai
Lokasi Lembah Klang
Laman sesawang mymrt.com.my/ms/
Panjang aliran 52.2 km (32.4 mi)
Bertingkat: 38.75 km (24.08 mi)
Bawah tanah: 13.5 km (8.4 mi)
Stok kereta api 49 set kereta api empat gerabak Hyundai Rotem[2]
Depot Depot Sungai Buloh dan Depot Serdang
Nombor aliran 12 (emas)
Dirancang dibuka Fasa 1:
Julai 2021; 1 tahun lagi (2021-07)
Kwasa DamansaraKampung Batu
Fasa 2:
Julai 2022; 2 tahun lagi (2022-07)
Kampung BatuPutrajaya Sentral
Nama asal MRT Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya
Jenis Transit aliran