Lamiaceae
Lamiaceae

Lamiaceae

Banyak, Sila lihat teksRujukan: Watson dan Dallwitz
22 Julai 2002Lamiaceae atau famili Pudina ialah sebuah famili tumbuhan yang merangkumi lebih kurang 210 genus dan sekitar 3,500 spesies. Ia telah dianggap sangat rapat hubungannya dengan famili Verbenaceae, tetapi banyak kajian filogenetik terkini telah menunjukkan bahawa banyak genus yang tergolong dalam famili Verbenaceae sebenarnya merupakan sebahagian famili Lamiaceae. Sebenarnya, genus-genus yang membentuk teras Verbenaceae tidak amat berkait dengan famili Lamiaceae, tetapi lebih berkait dengan ahli-ahli Lamiales yang lain. Nama asal famili ini ialah Labiatae (labia, perkataan terbitan Latin yang membawa pengertian "bibir") dan dinamai sedemikian kerana bunganya biasanya mempunyai kelopak-kelopak yang disatukan menjadi dua bibir, iaitu bibir atas dan bibir bawah. Walaupun nama asal ini masih diterima sebagai nama alternatif, kebanyakan ahli botani kini menggunakan nama "Lamiaceae" untuk merujuk kepada famili ini.Setiap bahagian tumbuhan-tumbuhan Lamiaceae seringnya berbau harum, termasuk banyak herba masakan seperti selasih, pudina, rosemary, sej, savori, marjoram, oregano, thyme, lavender, dan perila. Pada umumnya, tumbuhan-tumbuhan Lamiaceae adalah pokok renek, dan jarangnya berbentuk pokok atau pokok menjalar. Banyak ahli famili ini ditanam secara meluas, bukan sahaja kerana baunya, tetapi juga kerana ia mudah ditanam (tumbuhan-tumbuhan ini adalah antara tumbuhan yang paling mudah dibiak melalui pemotongan batang pokok).