Lampu_isyarat
Lampu_isyarat

Lampu_isyarat

Lampu isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki, atau lokasi-lokasi lain untuk menunjukkan keadaan aman untuk mengendarai atau berjalan sesuai dengan kod warna sejagat (dan suatu urutan atau simbol sampingan yang persis bagi pelintas jalan yang menderita buta warna).Sistem pengaturan lampu lalu lintas kali pertama diperkenalkan di England, iaitu di daerah Westminster pada 10 Disember 1868, di mana lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual.[1] Penggunaannya tidak bertahan lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat. Kemudian pada tahun 1918 di New York, sebuah sistem lampu isyarat sebagai pengendali untuk mengawal lampu lalu lintas diperkenalkan dengan penggunaan lampu 3 warna.Sistem lampu isyarat berkait kali pertama digunakan di Salt Lake City pada 1917, dengan enam simpang yang dikawal menggunakan suis manual. Pada tahun 1926 di Wolverhamton, England, sistem pengaturan lampu isyarat automatik dicuba untuk kali pertamanya.Biasanya lampu isyarat terdiri dari tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. Di dalam keadaan biasa,Biasanya lampu merah mempunyai warna jingga di dalamnya dan lampu hijau pula mempunyai warna biru untuk membantu orang yang buta warna mengenali warna merah dan hijau.

Berkaitan