Buta_warna
Buta_warna

Buta_warna

Buta warna atau kekurangan penglihatan warna ialah ketidakbolehan atau kebolehan mengurang untuk melihat warna, atau melihat perbezaan warna, di bawah keadaan cahaya normal. Kebutaan warna menjejaskan sebahagian ketara penduduk dunia.[1] Tidak terdapat kebutaan sebenar, cuma sekadar kepincangan dalam pencerapan warna. Punca yang paling utama ialah kecacatan dalam perkembangan kon retina yang mencerap warna dalam cahaya dan memancarkan maklumat berkenaan kepada saraf optik. Jenis buta warna begini lazimnya merupakan kaedaan yang berkaitan seks. Gen-gen yang menghasilkan fotopigmen dibawa dalam kromosom X; jika sesetengah gen ini hilang atau rosak, maka kebutaan warna akan lebih ketara dalam lelaki berbanding perempuan kerana lelaki mempunyai satu kromosom X sahaja (bagi perempuan, gen yang hidup pada hanya salah satu daripada dua kromosom X-nya adalah memadai untuk membuahkan fotopigmen yang diperlukan).[2]Kebutaan waran juga boleh terjadi oleh kerosakan fizikal atau kimia ke atas mata, saraf optik, atau bahagian-bahagian otak. Contohnya, mereka yang menghidap akromatopsia mengalami gangguan yang jauh berbeza, tetapi tetap sukar mencerap warna.Ahli kimia Inggeris, John Dalton menerbitkan kertas sains pertama mengenai buta warna pada tahun 1798, "Extraordinary facts relating to the vision of colours" (Fakta-fakta luar biasa berkenaan penglihatan warna),[3] setelah menyedari dirinya juga buta warna. Berkat daripada usaha Dalton, kebutaan warna am dipanggil daltonism, walaupun istilah ini kini lebih khusus kepada deuteranopia.Kebutaan warna lazimnya digolongkan sebagai kecacatan ringan, tetapi kadang-kadang terdapat keadaan yang mana ia memberikan kelebihan. Sesetengah kajian membuat kesimpulan bahawa golongan buta warna lebih cekap menembusi penyamaran warna tertentu. Hasil-hasil sedemikian mungkin mendatangkan sebab evolusi kepada betapa ketaranya buta warna merah–hijau.[4] Juga terdapat kajianyang menganjurkan bahawa mereka yang menghidap suatu jenis buta warna boleh membezakan warna-warna yang tidak dapat dibezakan oleh mereka yang berpenglihatan warna normal.[5]

Rujukan

WikiPedia: Buta_warna http://psychology.ucalgary.ca/pace/VA-Lab/colourpe... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.digitalspaceart.com/articles/ColorBlind... http://www.diseasesdatabase.com/ddb2999.htm http://books.google.com/books?id=KJtQptBcZloC&pg=P... http://www.nosuchthingascolor.com http://www.ted.com/talks/neil_harbisson_i_listen_t... http://micro.magnet.fsu.edu/primer/lightandcolor/h... http://healthlink.mcw.edu/article/999211295.html http://tigger.uic.edu/~hilbert/Glossary.html