Peribadi Lan_Pet_Pet

Beliau telahpun mendirikan rumah tangga bersama Ruby Che Wan pada 20 Ogos 2008. Bersama isterinya, beliau telah ke Tanah Suci untuk menunaikan Haji pada tahun 2017, bertepatan dengan pada hari ulang tahun perkahwinannya.[1]

Beliau pernah menjadi mangsa berita palsu di media sosial yang bertajuk 'Al-Fatihah, takziah pelawak Senario Lan Pet-Pet' yang telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang kononnya menggunakan platform Sinar Harian.[petikan diperlukan] Ini mengakibatkan beliau terkilan kerana mendatangkan rasa cemas pada ibunya.