Kerjaya Lan_Pet_Pet

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang hiburan semenjak beliau menyertai program realiti lawak Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 di tahun 1990-an. Selepas berjaya menduduki tempat teratas dalam sayembara tersebut, beliau telah ditawarkan untuk menyertai sitkom pentas yang disiarkan di TV3, Senario. Tidak lama kemudian, Senario telah dijadikan sebuah kumpulan lawak. Mazlan dan anggota lain kemudian telah merakamkan album yang lirik lagu-lagunya berunsurkan lawak.

Beliau memulakan kerjaya beliau dalam bidang perfileman pada tahun 1999 melalui filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman bersama rakan-rakan Senario yang lain sebagai diri beliau sendiri, watak Mazlan.