Sejarah Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kota_Kinabalu

Lapangan terbang ini bermula sebagai tempat ketenteraan yang dibina oleh tentera jepun semasa Perang Dunia Kedua.[4] Ia juga diketahui sebagai Pangkalan Udara Jesselton. Menjelang berakhirnya perang, lapangan terbang ini telah rosak teruk akibat dibom oleh Allied Forces sehinggalah tentera-tentera Jepun menyerah pada 1945.[5]

Setelah perang tamat, Department of Civil Aviation (DCA) of North Borneo (Kini : Sabah) telah mengambil beberapa langkah pengoperasian dan penyelenggaraan lapangan terbang tersebut. Pada tahun 1957, landasan asal kapal terbang yang diperbuat daripada rumput telah dilapiskan dengan bitumen dan terminal baru telah dibina.[4] Pada 1959, landasan itu telah dipanjangkan kepada 1,593 meter untuk membolehkan Malaysia Airways Viscount aircraft beroperasi. Pada 1963, penambahbaikan dan landasan kapal terbang telah dipanjangkan kepada 1,921 meter untuk menampung operasi Comet 4. Penerbangan komersial dan penumpang telah bertambah dari masa ke semasa. Oleh itu, bangunan terminal yang lebih besar diperlukan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.

Pada 1969, satu Firma Konsultant British telah digesa untuk mencari pelan untuk pembangunan berfasa dan tersusun untuk KKIA dari 1970 sehingga 2000 serta tahun-tahun akan datang. Pelan tersebut telah dihantar kepada kerajaan dengan ciri-ciri tersebut:

  • Untuk memperkuat dan memanjangkan landasan kapal terbang kepada 2,987 meter untuk menampung operasi Boeing Jet 707 dan 747.
  • Untuk membina satu kompleks terminal baru dan laluan teksi yang bersambung dengan landasan kapal terbang.
  • Untuk menyediakan peralatan-peralatan navigasi, fasiliti-fasiliti komunikasi dan satu sistem pencahayaan moden untuk landasan kapal terbang.

Dalam tahun 1970 ke 1980, satu bangunan terminal baru telah dibina di kawasan yang bertentangan dengan landasan kapal terbang. Hampir semua penerbangan-penerbangan komersial telah dipindah ke terminal ini. Sejak itu sehingga sekarang, terminal asal itu telah dikenali sebagai Airport Lama ("old airport"). Pada tahun 1992, DCA di Sabah telah dikoperasikan, dan Malaysia Airports Holdings Berhad telah mengambil alih pentadbiran dan operasi terminal tersebut.[4] Pembesaran selanjutnya telah dilakukan (lihat di bawah), dan pada Januari 2007, terminal yang lama telah di penjenamakan sebagai Terminal 2, dan terminal yang lain dikenali sebagai Terminal 1.

Statistik[6]

Kedai di Terminal 2
TahunPergerakan penumpangPergerakan kapal terbang
196033,570-
1970290,575-
1975520,540-
19801,246,130-
19851,430,000-
19902,040,000-
20003,092,32641,411
20013,036,19640,157
20023,256,21244,528
20033,302,36644,748
20043,918,20152,352
20053,970,00051,824
20064,015,22152,055
20074,399,93952,047
2008dalam projekdalam projek

Rujukan

WikiPedia: Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kota_Kinabalu http://www.azworldairports.com/airports/p2030bki.h... http://gc.kls2.com/airport/BKI http://worldaerodata.com/wad.cgi?airport=WBKK http://paul.rutgers.edu/~mcgrew/wwii/usaf/html/Jul... http://www.dailyexpress.com.my/print.cfm?NewsID=41... http://www.dailyexpress.com.my/print.cfm?NewsID=42... http://www.malaysiaairports.com.my/index.php?ch=17... http://www.malaysiaairports.com.my/index.php?ch=22... http://www.sabah.com.my/borneotrade/e1.htm http://www.wcte.com.my/WCTE/page.asp?catId=257